YOUTH ENTREPRENUER CARNIVAL


YOUTH ENTREPRENEUR CARNIVAL 2017

TARIKH : 7-8 OKTOBER 2017
MASA : 9.00 PAGI – 6.00 PETANG
TEMPAT : KOLEJ KERIS MAS

Pada 7 dan 8 Oktober 2017 yang lalu, Citra Perniagaan Online Kolej Keris Mas telah menganjurkan program keusahawan iaitu Karnival Enterpreneur Youth yang diadakan sepanjang dua hari di Kolej Keris Mas sendiri. Pelbagai program yang telah dianjurkan sepanjang carnival tersebut dijalankan. Antara program-program yang disediakan adalah Bengkel Kemahiran Keusahawanan Food Truck, Percetakan Jersey, Format Komputer, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Aritmetik Mental Mentic.

Sehari sebelum karnival dijalankan para pelajar Citra Perniagaan Online sendiri telah bekerjasama dalam membuat persiapan karnival. Kami pelajar-pelajar Citra Perniagaan Online dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk pembahagian tugas. Saya sendiri telah menyertai kumpulan yang membuat persiapan di Bilik Konvensyen iaitu merupakan tempat perasmian bagi karnival tersebut. Kumpulan kami telah ditugaskan untuk menyusun kerusi untuk para peserta dan barisan VIP. Kami juga ditugaskan untuk mengatur dan menghias pentas. Manakala kumpulan-kumpulan lain ditugaskan untuk mengatur temapat-tempat program Bengkel Kemahiran Keusahawanan Food Truck, Percetakan Jersey, Format Komputer, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Aritmetik Mental Mentic akan dijalankan.

Pada hari pertama, karnival dimulakan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Prof. Datin Shamsubaridah Ramlee iaitu Pengarah CESMED UKM. Majlis perasmian berlangsung lebih kurang satu jam. Selepas majlis perasmian selesai, karnival diteruskan dengan Forum Keusahawanan yang merupakan sesi perkongsian antara usahawan-usahawan yang telah berjaya yang merupakan pelajar-pelajar UKM sendiri. Melalui forum tersebut, usahawan-usahawan yang dijemput hadir telah berkongsi serba sedikit pengalaman mereka dan berkongsi sedikit ilmu tentang perniagaan kepada peserta-peserta yang hadir pada hari tersebut. Forum dijalankan selama lebih kurang 3 jam amat bermakna bagi peserta kerana pelbagai ilmu yang maklumat yang diterima.

Selepas forum selesai, peserta-peserta berpecah mengkiut program yang mereka sertai. Saya merupakan peserta Bengel Percetakan Jersey. Bengkel tersebut telah digendalikan oleh MS Gigih Enterprise yang merupakan sebuah perniagaan yang juga terkenal dalam kalangan warga UKM yang menawarkan perkhidmatan percetakan. Kami peserta-peserta bengkel percetakan jersey ini didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan tentang perniagaan percetakan jersey dan lain-lain. Kami juga didedahkan dengan ilmu bagaimana untuk memulakan perniagaan, bagaimana untuk mendapatkan modal dan mencari dana untuk memulakan sesebuah perniagan. Kemudian, kami diajar bagaimana untuk mencetak  perkataan atau gambar pada gelas dan ‘button pin’ menggunakan alatan-alatan khas yang disediaakan.

Pada sesi petang bengkel tersebut, kami didedahkan pula tentang ilmu mengedit dan membuat poster menggunakan photoshop dan a.i . Kami diajar langkah demi langkah untuk memastikan apa yang diajar dapat diterima oleh kami dengan baik. Kami juga ditugaskan untuk mengedit gambar-gambar yang diberikan. Dari situ, kami dapat mempraktikkan dan meningkatkan kemahiran kami dalam mengedit sesebuah poster. Sesi pembelajaran mengedit menggunakan a.i berlangsung selama tiga jam bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada 5 petang. Kami peserta-peserta bengkel percetakan jersey ini akan dibawa ke kilang MS Gigih sendiri untuk melihat sendiri proses-proses percetakan yang dibuat. Tarikh akan dimaklumkan dslam masa terdekat.

Pada hari kedua karnival, ramai warga UKM dan warga Kolej Keris Mas sendiri datang membeli makanan-makanan yang dijual. Beberapa food truck telah menyertai karnival tersebut dengan menjual pelbagai jenis makanan dan pilihan yang menarik dan menyelerakan. Karnival tersebut berakhir pada jam 11 malam. Selepas karnival berakhir, kami pelajar-pelajar citra perniagaan diminta untuk berkumpul di Bilik Gerakan untuk pembahagian tugas-tugas pembersihan. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan pertama akan membersihkan Bilik Gerakan dan satu lagi kumpulan ditugaskan untuk membersihkan kawasan persekitaran sepankang karnival dijalankan. Aktiviti-aktiviti pembersihan berakhir selepas satu jam. Selepas itu, kami berkumpul semula di Bilik Gerakan untuk taklimat terakhir.

Melalui karnival ini, pelbagai ilmu pengetahuan yang saya peroleh. Antaranya adalah ilmu yang boleh praktikkan dalam perniagaan yang mungkin saya ceburi pada masa akan datang. Selain itu, saya juga belajar semangat kerjasama antara kumpualan dalam menyelesaikan segala kerja yang ditugakan dalam kumpulan.

Sekian , terima kasih.

P/S : SORRY SIS TAKDA MASA SO SIS COPY PASTE LAPORAN CITRA SIS

Comments

Popular Posts