PENGALAMAN DAN PENDAPAT MENGENAI STPM

Okay harini saya nak share sikit pasal STPM. Taktau laa kenape mentality  CERTAIN orang kita ni lagi lagi orang Melayu ni akan pandang rendah terhadap form 6 or stpm ni. Apa yang dorang pikir bila budak yang masuk form 6 ni kebanyakan budak yang tak dapat sambung diploma yang tak dapat mana2 tawaran universiti and dorang rasa budak budak yang masuk form 6 ni senang cite budak tak pandai laa kan . Serious kelakar duh orang2 yang mentality cemni.

Okay ni pengalaman sendiri. Dulu lepas SPM dengan result yang sederhana 4A aku memang tak dapat mana2 tawaran u and aku mengaku pasal tu. taktau mane silap time isi upu tapi yes tipu laa kalau cakap tak sedih and tak terkilan. kau bayangkan laa time tu almost semua member kau dapat result upu semua dapat u ni laa u tu laa even yang result spm lagi rendah dari aku pun still ada yang dapat u. sumpah aku cakap time tu rasa down dia taktau nak cite laa . and bila mak abah tanya pulak time tu and anak2 kawan parents kau semua dapat u and aku sebagai seorang anak time tu sumpah rasa aku anak tak berguna giler. but then aku kuatkan semangat and terima tawaran form 6 . tapi time tu aku dapat tawaran kat sekolah yang sama time sekolah menegah dulu and kau akan jumpa balik cikgu2 kau yang ajar kau dari form 1 sampai form 5 dulu. and aku terpaksa hadap laa cikgu2 aku ni dulu. 

Kau rasa apa penerimaan orang sekeliling time aku masuk form 6 dulu? aku bukan niat nak burukkan sesiapa tapi time tu even kawan aku sendiri pandang rendah kat aku. cikgu2 kat sekolah tu semua pandang rendah kat aku. sebabnya aku tak dapat mana tawaran dan aku sambung form 6. disebabkan aku sambung form 6 kat sekolah yang sama time form 1-5 tu laa menambahkan lagi aku punya stress. time mula2 start form 6 tu memang stress giler. pegi sekolah then aku akan jumpa balik junior2 aku time sekolah dulu cikgu2 yang ajar aku tu. dorang punya pandangan tu macam aku ni hina sangat kot macam kau ni teruk sangat. sapa yang pernah ada kat situasi aku ni akan paham ape aku rasa time tu . disebabkan mende2 cemni sem 1 aku time form 6 dulu aku jadi down nak aku main2 giler tme awal tu so reslut sem 1 aku pun haa ke laut laa cite dia kan . tp berkat aku sabar and ramai kawan2 yang tolong time tu aku cuba bangun time sem 2 dgn sem 3. Alhamdulillah final result aku okay dan baik bagi seorang manusia yang nama dia shaza ni and perangai nauzubillah kan sampai cikgu pun tak sangka result aku bagus nak dibandingkan dgn apa expectaction orang tehadap aku.

ramai yang tanya, form 6 ni susah ke senang? better ambik diploma ke matrik ke form 6 lepas spm nanti? kalau pendapat aku form 6 ni tak susah kalau kau ambik serious from the beginning and kau bagi 100% usaha time belajar. susah bagi orang yang ambik remeh dan rasa form 6 ni senang . yes bagi orang yang kenal aku sebelum form 6 akan cakap, " alah shaza yang perangai entah pape tu pun boleh score time form 6, takkan laa aku yang lebih pandai sikit dari dia ni tak boleh kan" YESS KAU SALAH KALAU KAU PIKIR MACAM TU. kau tak tau macam mana aku struggle macam mane aku korban aku punya masa macam mana aku korban aku punya tidur macam mane aku usaha tanya orang tu tanya orang ni just utk belajar banyak mana aku menangis macam mane aku handle aku punya stress kau takkan tau melainkan kau ade kat tempat aku. 

nasihat aku utk budak2 lepasan spm tu. kalau korang still macam konfius apa hala tuju korang lepas ni aku lebih prefer korang ambik matrik ataupun form 6. memang diploma banyak kelebihan tapi aku rasa form 6 apa kurangnya. sistem form 6 tak macam dulu dah setahun setengah kau belajar baru kau hadap final exam. sekarang sistem form 6 dah bagus dah. dia ikut sistem by sem. ada assignment yang akan tolong korang. at the same time kau still ada cikgu yang boleh guide kau kalau kau tak paham. then kalau form 6 kau takkan hadap lagi masalah kewangan. paling tak pun kau hadap  masalah nak beli buku utk setiap sem jer. kalau kau ambik diploma kau terpaksa pinjam ptptn dah.then belanja kau nak makan lagi ape lagi. kalau kau nak sambung degree after diploma nnti kau kene settle kan hutang ptptn kau dulu baru kau boleh nak apply pinjaman baru utk degree. lain laa kalau kau mmg dri keluaga berduit kau tak risau laa pasal tu kan. kalau budak matrik lagi best. setahun jer kat matrik. even apa yang kau kene belajar kat matrik mmg padat giler tp setiap petang kau akan ada kelas tuto dgn lect kau. kat situ kau boleh tanya kalau kau tak paham mende. sekarang aku dah degree dah umur 20, kalau budak matrik dorang baru 19 sekarang. grade nnti sama jer dgn aku after 3 years grade laa nnti. dorang baru umur 21 time tu dah habis study degree.

so kesimpulan dia, aku just nak bagitau form 6 or stpm ni takde laa teruk pun. aku just nak betulkan mentality sesetengah orang kat luar sana tu. aku ade jer kawan yang sama2 spm dulu yang gila2 lepas masuk form 6 result okay ada yang 4 flat pun ada time form 6.

And last aku nak berterima kasih kat beberapa orang manusia ni hahaha yang banyak giler tolong aku time form 6 dulu. thanksss jaja thanks ainin thanks kak yana thanks pikah sbb byak giler tolong aku. kalau korang taka ajak aku study dulu maybe aku tak dapat pun peluang sambung study kat ukm ni ni huhuhu entah ape laa aku buat skrg kalau perangai aku tak berubah time tu. meh aku promote sikit id instagram dorang ni : https://www.instagram.com/jajamazda/ ni jaja, then ainin https://www.instagram.com/najijaafar/ , lepastu kak yana pulak https://www.instagram.com/yanadhl_/ and last pikah https://www.instagram.com/aminurs_/ hahha so follow laa dorang kayy hahaahah

sis nak payung sikit gambar dgn orang2 penting form 6 dulu


lot of love
shaza

Comments

Popular Posts